Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, January 7, 2012

SKTD bebas dadah 2012

Tahun 2012 adalah sasaran untuk matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012. PPDa meneruskan usaha memastikan semua warga SKTD diberi kesedaran tentang penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan lain yang'sewaktu' dengannya.
Bagi perokok misalnya, apa kata jadikan tahun baru sebagai azam untuk meninggalkan tabiat yang sudah pasti tidak sihat untuk diteruskan. Memang tidak menjadi kesalahan sedikit pun untuk berhenti merokok kan?
Pengurusan PPDa mengalu-alukan tahun baru. Kami mengharapkan agar tahun ini kami lebih mendapat sokongan daripada semua warga SKTD. Bilik sumber PPDa dan lorong PPDa yang telah dikenal pasti akan diguna pakai tahun ini dihias serba sedikit bagi meraikan kedatangan tahun baru. Kami ingin menunjukkan bahawa kami mahu sentiasa relevan sebagai penggerak kepada moto kami 'SKTD Sihat Kuat Tanpa Dadah'.

Sudut PPDa di Aras Bawah

Mengecat replika kubur yang baru diubah suai

Replika kubur di 'Lorong Keinsafan'

No comments: