Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, March 21, 2012

Info 5 Minit - 21 Mac 2012 - Tajuk = Dadah dari sudut agama Islam


Disampaikan oleh = Nursafiyya binti Hishamuddin

Dadah dari sudut agama Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.


Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 195 yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..”


Dadah juga menghancurkan institusi keluarga. Keluarga yang mempunyai ketua atau ahli yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.


Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.


Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:


1. Menanam sebarang tumbuhan untuk menghasilkan dadah


2. Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah


3. Menjual beli dadah


4. Menggunakan dadah


5. Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan.

 
 
Soalan Kuiz Terkumpul Tahap 1:
 
1)   Apakah hukum mengambil dadah?
 
 
Soalan Kuiz Terkumpul Tahap 2:
 

1)   Nyatakan dua kegiatan yang berkaitan dengan dadah berdasarkan maklumat info 5 minit yang haram hukumnya ?

No comments: