MEMO
“KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG” Tarikh: 2 Februari 2013
Kepada:
Semua
Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tahap 1, dan
Semua
Guru Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahap 2
Tuan,
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROSIDAR
Merujuk perkara di atas, semua guru yang terlibat mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tahap 1 dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK) Tahap 2 dikehendaki menjalankan pengajaran dan
pembelajaran untuk PROSIDAR (Program
Sifar Dadah Sekolah Rendah) dalam kelas masing-masing sebagaimana yang
sepatutnya.
2. Waktu pengajaran dan
pembelajaran PROSIDAR ialah selama 60
minit dalam satu bulan untuk kedua-dua tahap sama ada berturut-turut dalam dua
masa atau diasingkan satu masa yang dijalankan dua kali dalam sebulan.
Guru-guru terbabit boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bilik sumber
PPDa atau di kelas masing-masing.
3. Modul/Kit PROSIDAR Tahap 1 dan 2 boleh dimuat turun dengan
melayari ruangan PAUTAN dalam blog ppdasktd ini.
Segala perhatian dan kerjasama didahulukan dengan ucapan jutaan terima
kasih.
’Saya Yang
Menurut Perintah’
Guru Penyelaras
PPDa
Sek. Keb. Tasek
Dermawan, Ipoh.
No comments:
Post a Comment