Perkara ini bukan baharu.
Mungkin sudah dinyatakan berulang-ulang di blog ini.
Akan tetapi masih ada sesuatu yang perlu dilakukan.........................
Hukum Penyalahgunaan Dadah
Keputusan:
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum
Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain.
Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru
yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan
Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu,
penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah
haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti
menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan
premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.
Keterangan/Hujah:
- Nama
saintifik bagi syabu ialah amphetamine sejenis dadah dari amphetamine type
stimulant iaitu dadah jenis stimulant (perangsang). Pada amnya di negara
ini amphetamine hanya diluluskan untuk sejenis penyakit kanak-kanak yang
terlalu aktif dan kurang daya tumpuan dikenali sebagai ADHD (Attention
Deficit Hyperactive Disorder).
- Di
Malaysia, syabu mula digunakan secara berleluasa kira-kira dua tiga tahun
yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin.
- Syabu
boleh menyebabkan ketagihan dan memudharatkan kerana ia adalah sejenis
bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem
saraf (otak dan saraf tunjang) yang menyebabkan keadaan mabuk, khayal,
ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Kesan pengambilan syabu
menyebabkan sakit emosi dan menyebabkan otak menjadi lembab, kemurungan
dan boleh membawa kepada sakit jiwa yang teruk jika diambil berpanjangan.
- Dadah
jenis syabu mempunyai kesan mudarat yang sama seperti ecstasy, katamine
dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB). Pengambilan dadah jenis ecstasy
dilaporkan paling banyak digunakan khususnya oleh para remaja yang
mengunjungi ‘night club’, disko, karaoke atau tempat-tempat hiburan.
- Abu Sari’
Muhammad Abdul Hadi berpandangan bahawa Hasyisy (ganja) dan opium, dua
jenis dadah daripada daun yang boleh menyebabkan ketagihan dan khayal dan
tahap merbahaya bahan kimia ini adalah melebihi arak. Justeru kedua-duanya
perlu diketegorikan sebagai haram sama seperti arak.
- Dr. Yusuf
al-Qaradhawiy di dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” menyatakan
“Hasyisy adalah bahan yang haram, baik orang yang mengambilnya mabuk
ataupun tidak, Hasyisy ini hanya dipakai oleh orang-orang yang jahat
kerana di dalamnya ada unsur-unsur yang memabukkan dan menyeronokkan malah
sering dicampur dengan arak.”
- Menurut
Dr. Wahbah al-Zuhaily lagi pengharaman arak atau seumpamanya bukan sekadar
meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk memilikinya atas apa juga
alasan, menjual, membeli menghadiahkan dan sebagainya adalah tertakluk
dalam hukum yang sama.
- Isu ini
adalah jelas dari segi kemudaratan yang dialami dan hukum Islam yang telah
ditentukan. Walaupun pelbagai nama digunakan, namun sekiranya ia masih
dalam konteks memudharatkan, hukumnya tetap haram.
No comments:
Post a Comment