Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Showing posts with label CAMPING. Show all posts
Showing posts with label CAMPING. Show all posts

Friday, May 15, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA....get set...GO!

Sebanyak 3 buah bas yang membawa seramai 160 orang peserta menyertai Perkhemahan Perdana 2009 di Institut Perguruan. Semua guru termasuk pihak pengurusan sekolah turut terlibat dalam perkhemahan ini.



Aturcara bermula dengan sesi minum petang, diikuti dengan solat Asar, seterusnya bekerjasama mendirikan khemah. Setelah semua khemah telah dipasang, sesi taklimat ringkas diadakan. Pada sebelah malam pula, solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Wan Kamal dan Tazkirah. Selepas solat Isyak, sesi makan malam.



Sesi LDK Pertama ialah Mereka Cipta Bendera Kumpulan. Kemudian membuat persembahan tentang bendera kumpulan masing-masing. Sesi ini bertujuan membina keyakinan diri dan kredibiliti kumpulan.



Sesi hari pertama berakhir pada 12.00 tengah malam dan para peserta berehat di khemah masing-masing.

Wednesday, May 13, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA 2009

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform akan diadakan di Institut Perguruan Ipoh, Perak bermula pada 15 Mei sehingga 17 Mei 2009. Peserta terdiri daripada Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM). Kira-kira seramai 150 orang murid menyertai perkhemahan pada kali ini. Pada tahun ini juga perkhemahan perdana yang dianjurkan mendapat sambutan yang mengejutkan dengan penyertaan paling ramai sejak dianjurkan tahun kebelakangan.

Aktiviti seumpama ini amat baik bagi meningkatkan jati diri dan pengalaman murid. Pengalaman berdikari melalui perkhemahan serta pengetahuan yang diterima amat berguna kepada para pelajar. Program seperti ini juga amat berfaedah bagi mengelakkan murid-murid daripada terjerumus budaya negatif seperti melepak, menghisap rokok, dadah, berpeleseran dan sebagainya. Diharapkan murid-murid menghargai peluang yang terbuka, serta lebih bertanggungjawab dan belajar lebih bersungguh-sungguh.


Wakil penganjur, iaitu En. Basri Bin Abdullah menyatakan bahawa terdapat permohonan penyertaan terpaksa ditolak kerana jumlah penyertaan melebihi sasaran 100 orang. Semua guru terlibat dalam menjayakan program ini. Fasilitator dan kemudahan tempat disediakan oleh pihak IPI.


Butir-butir perkhemahan seperti berikut:


Tarikh : 15, 16, & 17 Mei 2009

Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad

Tempat : Pusat Kokurikulum, Institut Perguruan Ipoh, Ulu Kinta.

Masa bertolak : 3.00 petang (Jumaat)

Masa balik : 12.30 petang ( Ahad)

Yuran penyertaan : RM 15 seorang.


Berita susulan serta klip video Perkhemahan Perdana akan dilaporkan bermula pada 15 Mei 2009 sehingga 17 Mei 2009.