Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, September 26, 2011

Perkhemahan Perdana SKTD di The Lereng (Siri I)

Jumaat - 23 September 2011 - 3.00 pm - Pendaftaran dan bertolak ke The Lereng menaiki dua buah bas.



taklimat oleh Kem Komandan




Jumaat - 23 September - Tiba di The Lereng - Taklimat dan Pengagihan Kumpulan dan Khemah







Teka...ini menu sampingan malam pertama di The Lereng, kerabu mempelam


Sabtu - 24 September 2011 - Abseiling (8.00 pagi) dan Flying Fox  (3.00 petang)








Sabtu - 24 September - LDK (5.30 petang)




Sabtu - 24 September - Makan (6.45 petang)



Monday, September 19, 2011

Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan ke 54 2011

Sempena sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan, pada hari Isnin 19 September, pelbagai acara telah dijalankan untuk menerap semangat cinta akan negara. Antaranya ialah 
Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang untuk Prasekolah, 
Pertandingan Pakaian Beragam Patriotik-Tahun 1, 
Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan-Tahun 2, 
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik-Tahun 3, 
Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Kemerdekaan- Tahun 4, 
Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah (PROSIDAR)/ Merdeka Tanpa Dadah-Tahun 5, 
Pertandingan Menulis Biografi Tokoh Kemerdekaan- Tahun 6, 
Pertandingan Menulis Kad Ucapan- Terbuka, 
Pertandingan Menghias Kelas dengan Jalur Gemilang, 
Pertandingan Menghias Kereta untuk Guru-guru.


Acara dijalankan di Dewan Sri Dermawan dan diikuti majlis penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang. Akhir sekali warga SKTD menyanyikan lagu patriotik beramai-ramai sebagai penutup acara.








Tuesday, September 13, 2011

Selamat Berjuang Anak-anak SKTD

Selamat menduduki peperiksaan buat anak-anak SKTD.
Semoga kalian berjaya melunaskan impian kita semua. 
Semoga tenang menghadapi peperiksaan UPSR kali ini. 
Semoga berjaya dengan cemerlang.....
Amin.

Monday, September 12, 2011

Lawatan PPPD dan Hadiah LADAP Modul Sukan 1M1S

Hari - Isnin, 12 September 2011


Lawatan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah  Teknik dan Vokasional (SR) Kinta Utara, Encik Norhan bin Suid.


Tujuan  - Pemantauan perjalanan Perhimpunan Rasmi sekolah dan aktiviti sekolah serta memberi kata-kata semangat kepada calon-calon UPSR esok.


Aktiviti lain - Penyampaian Hadiah Program LADAP 1M 1S oleh guru-guru SKTD. Pemenang kategori kumpulan disandang oleh kumpulan 2 dan beberapa pemenang individu juga dipilih berdasarkan markah terbanyak. Hadiah disampaikan oleh Puan Guru Besar.



Penolong PPD Teknik dan Vokasional (SR), Encik Norhan bin Suid.




Friday, September 9, 2011

Majlis Restu Waris Tahun 6 2011

Sempena peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada 13 September sehingga 15 September 2011, satu program  telah diadakan oleh pihak SKTD khas untuk calon-calon UPSR tahun 2011. Majlis dinamakan Majlis Restu Waris Tahun 6 dilangsungkan di Dewan Seri Dermawan. Dirasmikan oleh Penyelia Pengurusan GPI (Rendah), Jabatan Pelajaran Perak, Tuan Haji Shamsul Ariffin bin Mohamad Shith, program ini sedikit sebanyak menyuntik motivasi tambahan untuk anak-anak SKTD menjalani peperiksaan UPSR minggu hadapan. 

Malam sebelumnya, program Bacaan Yassin Perdana telah dianjurkan oleh PIBG SKTD dan dilangsungkan di Masjid AsSyakirin, Kampung Tersusun Tasek. 

Selepas berakhir ucapan guru besar dan perasmi, majlis diteruskan dengan salam mohon restu anak-anak SKTD dengan ibu bapa yang dijemput khas hadir pada hari ini. Begitu juga dengan guru-guru turut memberikan restu kepada anak-anak ini dan mendoakan yang terbaik bagi mereka. Semoga anak-anak SKTD mencapai kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Kepada pembaca blog, mohon bersama-sama mendoakan mereka, InsyaAllah.