Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, April 12, 2017

SMOKING CAN KILL YOU !!

Lets watch this movie. 




A very clear example on how smoking can kill you!
So please SAY NO TO SMOKING and enjoy your healthy lifestyle. 





Tuesday, February 21, 2017

Watikah Pelantikan Pengawas 2017

Tarikh : 20 Februari 2017
Hari    : Isnin
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTD

Watikah pelantikan disampaikan oleh En. Nazrol Azwan bin Ahmad, Penyelia Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas PPD Kinta Utara.



 Pengawas Sekolah



 Pengawas Pusat Sumber Sekolah



Pengawas PPDa



Pembimbing Rakan Sebaya



 Pengawas ICT


 Ketua dan Penolong Ketua Kelas



Pengawas Bilik BOSS

Monday, February 20, 2017

SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari pada setiap tahun sebagai
Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang akan disambut di seluruh negara.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memperingati bahawa dadah merupakan musuh utama kepada negara di samping memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat.


TENTATIF MAJLIS
7.40 pg : 
Guru-guru dan murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan.
7.45 pg :
· Ucapan aluan pengerusi majlis
· Nyanyian Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah
· Bacaan Doa
· Penyampaian Perutusan Pengarah Pendidikan Perak oleh Tn Hj Muhamad Azizul Rahim bin Musa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
· Nyanyian lagu ‘Dadah Musuh Utama’.
· Laungan Slogan Antidadah
 Bersurai

Penyampaian Perutusan Pengarah Pendidikan Perak oleh Tn Hj Muhamad Azizul Rahim bin Musa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid












Buku Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2017

Wednesday, February 1, 2017

JAWATANKUASA PELAKSANA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2017

JAWATANKUASA PELAKSANA
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
SK TASEK DERMAWAN 2017

PENASIHAT
Pn Paizah bt Alias
Guru Besar

PENGERUSI
Tn Hj Muhammad Azizul Rahim bin Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI 1
Tn Hj Azman bin Tahir
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 2
Pn Hjh Shamshul Mardziyah bt Ramli
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Pn Nor Emylia bt Muhawiz
S/U PPDa

AHLI JAWATANKUASA
Penyelaras Pengurusan dan Kepimpinan
Pn Nor Emylia bt Muhawizs/u PPDa
Pn Atiqah bt Ibrahim – Guru PPDa
Pn Siti Soleha bt Shafie – Guru PPDa

Penyelaras Aktiviti Kurikulum
Pn Anis Asmyra bt Ramli – s/u kurikulum
En Basri bin Abdullah – KP Bahasa Melayu
Pn Nirmal Kaur a/p Mahinder Singh- KP Bahasa Inggeris

Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
En Basri bin Abdullah – Penyelaras Permainan
Pn Shafieyah bt Abd Hamid – Penyelaras Kelab/Persatuan
Pn Najah bt Hussain ( Penyelaras Unit Beruniform)

Penyelaras Pembentukan Sahsiah
Pn Norhuda bt Othman Zailu (Guru Kaunseling)
Tn Hj Mohd Ikhmal bin Mukhtar ( Guru Disipin)
Pn Menaga a/p Murugaya (Guru Disiplin)

Wednesday, January 25, 2017

INFO 5 MINIT ANTIDADAH 1

TAJUK 1
APA ITU DADAH?

Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan "penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama istilah "DADAH". Dalam hal ini, perkataan "penggunaan" atau "penagihan" adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.
Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
b. digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang;
c. diperolehi secara haram;
d. membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan
e. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

TAJUK 2
JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
a. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein
b. KANABIS - Ganja, Hashish
c. DEPRESEN - Sedatif / Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan
Barbiturat serta Transquilizer
d. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain;
e. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD), Meskalin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol, termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Sumber : Buku Mesej 5 Minit PPDA 

Tuesday, January 10, 2017

VISI DAN MISI PPDA

Jom kita recall visi dan misi PPDa. Visi dan Misi PPDa telah diletakkan di setiap kelas. So selepas ini jangan cakap tak tahu pula ye. ;)


Monday, January 2, 2017

AYUH KEMBALI KE SEKOLAH !!




Assalamualaikum w.b.t & salam Perak Amanjaya.

Selamat Tahun Baru dan selamat memulakan sesi persekolahan 2017. 

Pastinya murid-murid SKTD tidak sabar untuk ke sekolah esok.

Goodluck and all the best to all. ;)

Tuesday, December 24, 2013

Pertukaran Penyelaras 2014

Tahniah kepada Puan Sharifah Nur Ain bt Said Ali atas pelantikan sebagai Penyelaras PPDa SKTD yang baharu mulai 2014. 

Dengan pelantikan ini, sebarang urusan blog ini akan berpindah ke tangan Puan Sharifah Nur Ain.

 InsyaAllah semua urusan PPDa akan bertambah maju dan membangun di bawah kendalian beliau.

 Sekali lagi tahniah dan Selamat Datang.

Friday, November 1, 2013

T H A N K Y O U T E A C H E R F A T I M A H - Selamat Bersara

Tak dapat berkata-kata..............Kau pergi....................31 Oktober 2013



Puan Fatimah Hashim

Penyampaian cenderehati dari guru dan murid-murid


Persembahan Lagu Medley Perpisahan oleh Murid Tahun 2,3 dan 6

Ustazah Fazilah Haini mendeklamasikan sajak 'bagai Air yang Mengalir'
.....yang membuat air mata kami berlinangan...
Bersalaman tanda perpisahan

Guru yang disayangi

Sahabat yang dikasihi

Teman yang disenangi



Selamat Bersara Teacher...........Terima kasih, Thank You

Friday, October 25, 2013

Sahabat PPDa - Petronas - Fasilitator Cemerlang

Pada 22 dan 23 Oktober 2013, salah seorang Pengawas PPDa SKTD telah dijemput hadir ke Majlis Anugerah Fasilitor Cemerlang Sahabat PPDa-Petronas di Kuala Lumpur. 
Beliau adalah adik Akmal Haziq bin Mohd Sharil dari kelas 5 Zamrud dan telah terpilih sebagai salah seorang Fasilitator Cemerlang dalam Kem Sahabat PPDa-Petronas yang diadakan di Hotel Seri Malaysia sekitar Jun lalu. 
Tahniah diucapkan  kepada adik Akmal Haziq atas kejayaan beliau.



Monday, September 2, 2013

Kempen Pengguna Bijak

Pada 19 hingga 23 Ogos 2013, SKTD telah mengadakan  aktiviti Kempen Pengguna Bijak. Walaupun SKTD belum mempunyai Kelab Pengguna, SKTD mahu menyahut seruan KPM dan JPN Perak untuk memberi maklumat tentang kepenggunaan kepada murid-murid dan warga sekolah. Tak salah kan? PPDa SKTD sama-sama menyokong usaha ini. Semoga selepas ini kita tahu bagaimana menggunakan peluang menjadi pengguna bijak bukannya pengguna yang pandai cakap kosong....okay! ! !

Majlis Pelancaran oleh Guru Besar dan Perasmian oleh Pegawai Jemputan dari AADK Perak

Kempen Bawa Bekal ke Sekolah



Pertandingan Mewarna Pengguna Bijak



Pertandingan Kuiz Pengguna Bijak

Mengadakan  Sudut Pengguna yang baharu


Senamrobik Pengguna Sihat


Penyampaian Hadiah aktiviti Kempen Pengguna Bijak -wakil guru


Tuesday, August 20, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri 9/2013 - Hukum Penyalahgunaan Dadah

Perkara ini bukan baharu. 
Mungkin sudah dinyatakan berulang-ulang di blog ini. 
Akan tetapi masih ada sesuatu yang perlu dilakukan.........................


Hukum Penyalahgunaan Dadah

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).

Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.

Keterangan/Hujah: 

  1. Nama saintifik bagi syabu ialah amphetamine sejenis dadah dari amphetamine type stimulant iaitu dadah jenis stimulant (perangsang). Pada amnya di negara ini amphetamine hanya diluluskan untuk sejenis penyakit kanak-kanak yang terlalu aktif dan kurang daya tumpuan dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder).
     
  2. Di Malaysia, syabu mula digunakan secara berleluasa kira-kira dua tiga tahun yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin.
     
  3. Syabu boleh menyebabkan ketagihan dan memudharatkan kerana ia adalah sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf (otak dan saraf tunjang) yang menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan menyebabkan otak menjadi lembab, kemurungan dan boleh membawa kepada sakit jiwa yang teruk jika diambil berpanjangan.
     
  4. Dadah jenis syabu mempunyai kesan mudarat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB). Pengambilan dadah jenis ecstasy dilaporkan paling banyak digunakan khususnya oleh para remaja yang mengunjungi ‘night club’, disko, karaoke atau tempat-tempat hiburan.
     
  5. Abu Sari’ Muhammad Abdul Hadi berpandangan bahawa Hasyisy (ganja) dan opium, dua jenis dadah daripada daun yang boleh menyebabkan ketagihan dan khayal dan tahap merbahaya bahan kimia ini adalah melebihi arak. Justeru kedua-duanya perlu diketegorikan sebagai haram sama seperti arak.
     
  6. Dr. Yusuf al-Qaradhawiy di dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” menyatakan “Hasyisy adalah bahan yang haram, baik orang yang mengambilnya mabuk ataupun tidak, Hasyisy ini hanya dipakai oleh orang-orang yang jahat kerana di dalamnya ada unsur-unsur yang memabukkan dan menyeronokkan malah sering dicampur dengan arak.”
     
  7. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily lagi pengharaman arak atau seumpamanya bukan sekadar meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk memilikinya atas apa juga alasan, menjual, membeli menghadiahkan dan sebagainya adalah tertakluk dalam hukum yang sama.
     
  8. Isu ini adalah jelas dari segi kemudaratan yang dialami dan hukum Islam yang telah ditentukan. Walaupun pelbagai nama digunakan, namun sekiranya ia masih dalam konteks memudharatkan, hukumnya tetap haram.

Tuesday, July 16, 2013

Info 5 Minit Nati Dadah Siri 8/2013 - Ganja, Hashish, Marijuana

Baiklah kali ini kita tengok info tentang Ganja, Hashish dan Marijuana. Sedap namanya kan? Macam nama awek pun ada, nama coklat pun ada. Memang la nama tu dicipta sedap sebegiru supaya dapat menarik mangsa terytama para remaja. Akan tetapi semua benda ini adalah bahaya, jangan cuba ye, nanti merana. Baca info ini.



GANJA, HASHISH, MARIJUANA


Dikenali sebagai ganja, marijuana kanabis merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga. Pokok kanabis dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau
.

Cara Pengambilan:
Dihisap dalam rokok dan dikunyah, dicampur dalam makanan seperti nasi dan biskut

Tanda Pengambilan:
Khayal, sugul atau kecewa, tindak balas kelakuan berubah seperti mabuk, bila berdepan dengan rasa cemas dan takut, mata merah, tidak boleh tidur, sakit perut, hilang selera makan.

Kesan Pengambilan Jangka Pendek:
 Pergantungan, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi, bertambah selera makan, pergerakan tidak agresif.

Kesan Pengambilan Jangka Panjang:
Peribadi merosot dan kadang kala sakit otak akan menyerang sekiranya penyalahgunaan yang berpanjangan, kerosakan di bahagian paru-paru, jantung, otak.

LELAKI:
Pengeluaran hormon merosot, kurang bilangan sperma, mati pucuk.
PEREMPUAN:
Kedatangan haid tidak menentu, kurang bilangan telur dalam ovari, melemahkan daya penyusuan kepada bayi.

Tuesday, June 11, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri 7/2013 - Inhalan


INHALAN


GAM, UBAT NYAMUK, MINYAK PETROL, CAT CAIR, THINNER, CECAIR PEMETIK API, SPRAY RAMBUT, KRIM PENCUCI, MARKER PEN


Cara Pengambilan:
dihidu melalui hidung

Tanda Pengambilan:
bertindak di atas sistem saraf pusat, khayal, halusinasi.

Kesan Pengambilan Jangka Pendek:
 loya, bersin, hidung berdarah, letih tidak bertenaga, hilang selera makan, tubuh menggeletar.

Kesan Pengambilan Jangka Panjang:
susut berat badan, pendarahan dalam otak, hepatitis B, sistem saraf tunjang rosak, gangguan paru-paru dan saluran pernafasan dan akhirnya mati.

Bahan Asas
Hydrocarbon, Nitrous Oxide