Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, April 27, 2009

DIRGAHAYU SKTD

Hari Isnin, pada 27 April 2009, waktu perhimpunan rasmi, acara penyampaian hadiah telah di adakan untuk memberi penghormatan kepada wakil-wakil sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah. Seterusnya, pelancaran Minggu Bahasa Melayu dengan tema "Dirgahayu Bahasa Melayu", yang dirasmikan oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad.


GURU BESAR SKTD

Tahniah kepada para jagoan kita kali ini.
1. Pertandingan Sajak Karnival Anti Dadah Kelompok 1-6 Daerah Kinta Utara, 18.4.2009, saguhati.
2. Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kinta Utara, 18.4.2009, Naib Johan Daerah.
3. Kejohanan Hoki MSSPK Negeri, Naib Johan Negeri.

HEBAT WIRA SEKOLAH!
pINGAT serta piala disampaikan oleh En. Shamsul Bahri Bin Ghazali, PK. Pentadbiran.


PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU

27 APRIL 2009-30 APRIL 2009


Pelancaran Minggu Bahasa Melayu telah dimulakan dengan majlis berbalas pantun daripada kalangan murid SKTD. Pelbagai aktiviti telah dirancang bermula hari ini sehingga 30 April 2009, hari Khamis.


PN. AISAH , KETUA PANITIA BAHASA MELAYU merangkap Penyelaras Minggu Bahasa Melayu

Konsep kali ini lebih menyeluruh yang melibatkan semua murid SKTD seperti Kuiz Tahun 4, Pertandingan Imlak, Pertandingan Tulisan Cantik, Bengkel Karangan dan sebagainya.
Melalui pelbagai aktiviti dan program yang dirancang sempena Minggu Bahasa Melayu ini diharapkan pencapaian murid SKTD dalam Bahasa Melayu akan lebih baik dan berkualiti. Ini juga akan menimbulkan perasaan kecintaan Bahasa Melayu yang menjadi lambang perpaduan bangsa. Bahasa Jiwa Bangsa.

1 comment:

azaharjt5 said...

Salam sejahtera,

Acara berbalas pantun padi tadi(27.4.2009) sempena Minggu BM memang baik. Pantun yang berkaitan dengan konsep anti dadah dan rokok serta kearah bebasnya aktiviti tidak sihat itu menjelang 2012 tidak kedengaran diungkapkan.

Terima kasih