Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, August 6, 2009

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN BILIK SUMBER PPDa 2009- Siri 2.

Majlis sambutan berakhir dengan lagu PPDa yang mengiringi barisan juri serta pengiring, guru-guru dan tetamu ke Bilik Gerakan bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh Hjh. Kamariah Bt. Mohamad,Guru Besar SK Tasek Dermawan.

Barisan juri terdiri daripada:

1. En. Salim B. Daim, JPN Kelantan-Ketua Juri.
2. En. Mohd. Sabri B. Ibrahim, JPN Terengganu.
3. En. Hamzah B. Osman, PPD Langkawi.
4. En. Fuad B. Ali, PPD Jasin, Melaka.
5. En. Jamalrudin B. Samsudin, PPD Jerantut, Pahang.
6. En. Muhammad Rahimi B. Abd. Manaf, PPD Bentong, Pahang.
7. Abd. Ghani B. Jaafar, PPD Pontian, Johor.


Tetamu yang turut hadir:

1. SM Jamaludin B. Ahmad, Balai Polis Bercham Ipoh.
2. Hj. Wazi, Pengerusi JKKK Kg. Tersusun Tasek.
3. En. Peter Khiew, Akhbar Echo Ipoh.
4. Datin Husaniah Bt. Osman, AADK Perak.
5. Pn. Nur Alisa B. Ali'am, AADK Perak.

Warga Pendidik:
1. En. Mohamad Hazawawi B. Yusof, Pen. Pengarah Unit PPDa, JPN Perak.
2. Pn. Wiza Rozahrin Bt. Mohd. Radzi, Pen. Pengarah Unit PPDa, JPN Perak.
3. En. Said B. Manap, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.
4. En. Megat, PKG Ampang.
4. Pn. Fadhilah Bt. Zakaria, SK Seri Klebang, Ipoh, Perak.

Sesi taklimat tersebut mengandungi 20 tajuk yang merangkumi kesemua perihal berkaitan program PPDa di SKTD. Persembahan Power Point berjalan lancar yang diakhiri dengan klip video.





Diikuti ucapan dari Tuan PPD Kinta Utara, En. Said B. Manap yang merakam ucapan tahniah kepada Bilik Sumber PPDa SKTD yang telah berjaya hingga ke peringkat kebangsaan dan alu-aluan kepada barisan juri yang hadir. Ucapan balas pula diberi oleh En. Salim B. Daim, Ketua Juri dari JPN Kelantan.



Seterusnya, kesemua hadirin telah dibawa melawat Bilik Sumber PPDa. Para juri telah menjalankan tugas dengan membuat penilaian melalui semakan fail, bersoal jawab dengan para pengawas PPDa yang memberikan penerangan bagi setiap destinasi. En said B. Manap juga mengambil kesempatan meninjau keadaan persekitaran Bilik Sumber PPDa.
Sebahagian juri pula telah melawat sekitar sekolah untuk meninjau keadaan persekitaran sekolah untuk melihat kesan HALO berkaitan PPDa.



Mereka juga telah menemuramah sebilangan guru dan murid untuk mengetahui pengetahuan mereka tentang PPDa. Sesi penilaian berlangsung hampir sejam setengah dan berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak sekolah.


Sesi bergambar dibuat sebelum para juri pulang dengan rasa puas tergambar di wajah para juri guru-guru dan murid-murid yang telah berpenat lelah menyediakan Bilik Sumber PPDa kebanggaan sekolah.



video

No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter