Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, August 28, 2009

SELAMAT BERPUASA DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


Pada 21 Ogos 2009, bersamaan hari Jumaat dua aktiviti telah dijalankan secara serentak iaitu, Sambutan Bulan Ramadhan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan, yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SK Tasek Dermawan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan diakhiri dengan gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Diikuti dengan perarakan kemerdekaan sekitar kawasan perumahan di sekitar sekolah oleh murid-murid SKTD dengan diiringi barisan guru serta sebuah kereta peronda polis dari Balai Polis Bercham, bagi mengawasi keselamatan murid.



Seterusnya, aktiviti diteruskan di Dewan Terbuka dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, penyampaian hadiah kepada murid-murid yang lahir pada 31 oGOS dan ceramah oleh seorang pegawai dari Kor KAGAT Angkatan Tentera Malaysia. Ceramah menyentuh tentang perjuangan kemerdekaan serta berkisar tentang bulan ramadhan.



Tujuan aktiviti tersebut dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik murid SKTD supaya menghargai kemerdekaan yang telah dicapai. Majlis berakhir pada pukul 11.40 petang.

"CINTAKAN NEGARA MENGHINDARI TERJERUMUS NAJIS DADAH DURJANA"

No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter