Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, August 18, 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009


Bermula dari minggu lepas lagi, SKTD telah menggantung bendera-bendera di sekitar sekolah bagi meraikan bulan kemerdekaan. Begitu juga kelas-kelas telah mula menghias kelas masing-masing dengan bendera Jalur Gemilang dan Negeri Perak. Semangat yang ditunjukkan oleh warga SKTD menunjukkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan sempena bulan kemerdekaan tahun ini. Semua ini amat peting bagi mengingatkan generasi muda tentang kesedaran menghayati sejarah perjuangan generasi lama dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.

Untuk makluman semua, Malaysia sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Oleh itu, negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun.

Warga SKTD, generasi muda perlu menggalas tanggungjawab yang cukup besar bagi mengisi kemerdekaan supaya lebih gemilang di masa-masa akan datang. Untuk tujuan itu, SKTD sebuah sekolah yang cukup komited mendukung hasrat negara melalui pelaksanaan pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat yang mantap dan mampan dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


No comments: