Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, August 4, 2009

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN BILIK SUMBER PPDa 2009- Siri 1.



Pada awal pagi nan redup, cuaca yang begitu baik sekali pada hari ini, Isnin, 3 Ogos 2009, sekolah menerima barisan juri kebangsaan beserta para pengiring dari JPN, Perak telah tiba tepat pukul 8.30 pagi.



Sebelum itu, En. Peter Khiew, editor dari Echo Perak telah tiba lebih awal untuk menyaksikan sendiri peristiwa yang bersejarah bagi tahun ini serta membuat liputan mengenainya. En. Peter telah membantu pihak sekolah dengan menyatakan rasa minat dengan blog ini dan merupakan satu bonus bagi kami warga SKTD.

Kedatangan disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang yang menggegarkan sekitar sekolah dan disahut oleh murid-murid SKTD dengan keluar beramai-ramai menyambut ketibaan para juri.




Sambutan yang 'simple' tetapi menarik, unik dan 'hebat' seperti yang dinyatakan oleh sebilangan juri dan reaksi wajah yang ditunjukkan.Barisan juri telah disambut oleh Hjh. Kamariah Bt. Mohammad, Guru Besar SKTD, Pn. Hjh. Normah Bt. Ramli, PK Hem, En. Shamsul Bahri B. Ghazali, PK Pentadbiran serta beberapa orang guru dan murid.





Acara dimulakan dengan laungan semangat "SKTD!" sebanyak 3 kali, dan disahut oleh semua murid "Cemerlang!" dan tepukan khas Selamat Datang oleh warga SKTD. Diikuti dengan sayembara puisi-teater bertajuk "Masyarakat Madani Tanpa Dadah-Pesan Buat Teman" oleh Ketua Pengawas Sekolah beserta para pengawas PPDa.

Kemudian, diikuti nyanyian 2 buah lagu iaitu, lagu sekolah dan lagu warisan secara koir dan beramai-ramai di bawah konduktor, Adik Rusyaidi dari tahun 6B. Seterusnya, dengan Laungan "SKTD!", disahut beramai-ramai "Kami Benci Dadah" sebanyak 3 kali dan tepukan khas terima kasih turut diberikan. Majlis sambutan berakhir dengan lagu PPDa yang mengiringi barisan juri ke Bilik Gerakan untuk taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar.

Sambutan yang sederhana tetapi sungguh meriah ini direka dengan konsep One Malaysia, perpaduan memerangi dadah, kerjasama antara semua warga SKTD, kreativiti dan kejituan mesej yang ingin disampaikan sebagai satu projek sekolah yang amat dititik beratkan, melibatkan semua warga SKTD dan masyarakat sekitarnya.

Penghargaan ini diberikan kepada En. Shahpudin sebagai Penyelaras Sambutan serta guru-guru yag terlibat bagi menjayakan acara sambutan ini, kerana "First Excellent Impression is a beginning for a winner".Tahniah buat semua!


No comments: