Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, August 11, 2009

SKTD TUAN RUMAH IKHTIFAL J-QAF PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA ZON B

Pada 8 Ogos 2009, sabtu, SKTD menjadi tuan rumah bagi acara IKhtifal J-Qaf Peringkat Daerah Kinta Utara bagi Zon B. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Kuiz Bahasa Arab dan Kalam Jama'ie.




Hampir seramai 550 orang murid dan guru pengiring dari kelompok zon B terlibat dalam pertandingan ini. SKTD telah menyertai kesemua acara. Pasukan SKTD memenangi Tempat Pertama dalam acara Kalam Jama'ie mengalahkan sekolah-sekolah lain.



Hadiah telah disampaikan oleh perasmi, iaitu Tuan Hj. Abd Aziz B. Mat Jais, Penyelia Menengah PPD Kinta Utara dan pada waktu perhimpunan rasmi, hadiah disampaikan sekali lagi oleh Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD pada 10 Ogos 2009, hari Isnin sebagai perangsang kepada murid-murid SKTD yang lain untuk mencipta kejayaan.



Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan sebanyak 16 buah sekolah iaitu:
1. SK Tasek Dermawan (Tuan Rumah). 8. SK Jati.
2. SK Hj. Mahmud. 9. SK Silibin.
3. SK Manjoi 1. 10.SK Chepor.
4. SK Manjoi 2. 11.SK Syed Idrus.
5. SK Jelapang. 12.SK Tasek Damai.
6. SK DAST. 13.SK Pakatan Jaya.
7. SK Tasek. 14.SK Seri Kelebang
15.SK Tarcisian Convent. 16.SK Jln Pg Bukit Gantang.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

No comments: