Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, August 13, 2009

WARNA-WARNI PERHIMPUNAN PAGI


Pada 12 Ogos 2009, hari rabu, perhimpunan pagi pada kali ini sarat dengan pelbagai upacara atau aktiviti yang dijalankan. Dimulakan dengan meraikan warga SKTD yang lahir pada bulan Ogos.
Guru-guru turut diraikan antaranya, Pn. Che Aishah, Pn. Nor Rahanum, Pn. Hjh. Rasimah, Pn. Nirmal Kaur dan Ustaz Dzulkifli. Majlis sambutan hari jadi ini turut diserikan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi beramai-ramai meraikan mereka. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

video

Seterusnya, penganugerahan Tokoh Murid Mithali bagi Bulan Ogos Julai 2009, iaitu, Nor Insyarah, 6I, Mohd. Zakuan, 4B dan Norarni, 3B. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka.
Akhir sekali, taklimat H1N1 oleh Pn. Hjh. Normah Bt. Ramli, PK Hem serta pengedaran topeng muka kepada murid-murid, para pekerja, dan guru-guru bagi mencegah virus H1N1 daripada menular di kalangan warga SKTD. Pesanan dan langkah-langkah pencegahan turut diterangkan kepada mereka semua.


video

1 comment:

Peter Khiew said...

Artikel untuk program PPDa tempoh hari sudah keluar dalam akhbar Ipoh Echo. Guru-guru dan pelajar boleh akses berita di ipohecho.com.my atau dapatkan hardcopy di 1, Jalan Lasam, Ipoh. Premis bersebelahan dengan bangunan Pandu Puteri di hadapan Padang Abdul Jalil.
Tahniah di atas pencapaian sekolah.

There was an error in this gadget

Universal Converter