Mulai 8 Ogos 2011, Bilik Sumber PPDa ditutup kepada warga SKTD dan pelawat kerana sedikit pengubahsuaian sedang dijalankan. Pengubahsuaian adalah ekoran daripada projek naik taraf bilik sumber PPDa untuk tahun ini. Kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan bagi memberi sedikit nafas dan wajah baru untuk bilik sumber PPDa. Tidak banyak yang dapat dilakukan berikutan kesuntukan masa dan bajet. Sekurang-kurangnya kami dapat mengubah sedikit wajah bilik PPDa agar tampak lebih segar. Pihak PPDa meminta maaf kepada murid-murid yang begitu teruja untuk masuk ke bilik sumber dalam bulan Ramadan ini. Kami berharap akan dapat menyiapkan kerja-kerja ini dengan segera dan memberi laluan kepada warga SKTD untuk kembali mengunjungi kami. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment