Bulan Ramadan merupakan salah satu keistimewaan dan kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Bulan ini adalah bulan yang penuh dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersiap sedia untuk menyambut Ramadan dari bulan Rejab lagi. Disebutkan bahawa apabila Rasulullah SAW memasuki bulan Rejab, Nabi SAW akan berdoa, " Ya Allah! Berkatilah ke atas kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkanlah umur kami sehingga sampai ke bulan Ramadan." (diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu'ab).
Dalam bulan Ramadan terdapat 7 amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu;
- Bangun bersahur
- Melambat-lambatkan makan sahur
- Sunat menyegerakan berbuka puasa
- Sunat meninggalkan bersugi (gosok gigi) setelah tergelincir matahari
- Sunat memperbanyakkan sedekah dan memperluaskan belanja kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan jiran
- Memperbanyakkan tadarus al quran
- Memperbanyakkan beriktikaf
semoga Allah memberi rahmatNya kepada kita sempena Ramadan ini. |
( sumber - Majalah Anis )
No comments:
Post a Comment