Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Berjuang Anak-anak SKTD

Selamat menduduki peperiksaan buat anak-anak SKTD.
Semoga kalian berjaya melunaskan impian kita semua. 
Semoga tenang menghadapi peperiksaan UPSR kali ini. 
Semoga berjaya dengan cemerlang.....
Amin.

Monday, September 12, 2011

Lawatan PPPD dan Hadiah LADAP Modul Sukan 1M1S

Hari - Isnin, 12 September 2011


Lawatan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah  Teknik dan Vokasional (SR) Kinta Utara, Encik Norhan bin Suid.


Tujuan  - Pemantauan perjalanan Perhimpunan Rasmi sekolah dan aktiviti sekolah serta memberi kata-kata semangat kepada calon-calon UPSR esok.


Aktiviti lain - Penyampaian Hadiah Program LADAP 1M 1S oleh guru-guru SKTD. Pemenang kategori kumpulan disandang oleh kumpulan 2 dan beberapa pemenang individu juga dipilih berdasarkan markah terbanyak. Hadiah disampaikan oleh Puan Guru Besar.



Penolong PPD Teknik dan Vokasional (SR), Encik Norhan bin Suid.




Friday, September 9, 2011

Majlis Restu Waris Tahun 6 2011

Sempena peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada 13 September sehingga 15 September 2011, satu program  telah diadakan oleh pihak SKTD khas untuk calon-calon UPSR tahun 2011. Majlis dinamakan Majlis Restu Waris Tahun 6 dilangsungkan di Dewan Seri Dermawan. Dirasmikan oleh Penyelia Pengurusan GPI (Rendah), Jabatan Pelajaran Perak, Tuan Haji Shamsul Ariffin bin Mohamad Shith, program ini sedikit sebanyak menyuntik motivasi tambahan untuk anak-anak SKTD menjalani peperiksaan UPSR minggu hadapan. 

Malam sebelumnya, program Bacaan Yassin Perdana telah dianjurkan oleh PIBG SKTD dan dilangsungkan di Masjid AsSyakirin, Kampung Tersusun Tasek. 

Selepas berakhir ucapan guru besar dan perasmi, majlis diteruskan dengan salam mohon restu anak-anak SKTD dengan ibu bapa yang dijemput khas hadir pada hari ini. Begitu juga dengan guru-guru turut memberikan restu kepada anak-anak ini dan mendoakan yang terbaik bagi mereka. Semoga anak-anak SKTD mencapai kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Kepada pembaca blog, mohon bersama-sama mendoakan mereka, InsyaAllah.


























Wednesday, August 31, 2011

Merdeka!!!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54.
Semoga kita dapat menyuburkan erti perpaduan, kemajuan dan kejayaan tanah air kita.
Juga dapat memerdekakan diri daripada gejala-gejala yang tidak menyihatkan kita dan orang lain. Merdekakanlah diri kita daripada persekitaran yang kotor dan berbau asap rokok.
Jadikanlah usaha murni dalam bulan Ramadan yang lalu sebagai titik tolak untuk menjadikan kita hari ini lebih baik daripada kita yang semalam.





Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari raya Aidilfitri

Kami di PPDa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H / 2011 kepada semua pembaca blog SKTD Sihat Kuat Tanpa Dadah.

” Walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,
tapi izinkan hati memohon maaf,
zahir dan batin…
salam Aidilfitri.”

Friday, August 26, 2011

Majlis di Ambang Syawal

Pagi yang indah untuk warga SKTD, khususnya untuk murid-murid apabila Majlis di Ambang Syawal berlangsung pada Jumaat 26 Ogos. Hati berbunga-bunga, jiwa rasa bahagia sementelah sebulan berpuasa, kini mereka dirai di ambang Syawal. Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka SKTD melibatkan ucapan wakil murid, wakil guru dan ucapan guru besar, penyampaian hadiah Program Ihya Ramadan dan persembahan nyanyian lagu hari raya oleh anak-anak Tahun Empat dan kumpulan Koir SKTD. Guru-guru juga tidak ketinggalan berasa seronok meraikan kemenangan menjalani ibadah puasa.

Walaupun begitu, selepas bacaan yassin yang memulakan hari yang indah ini, tazkirah oleh Ustaz Dzulkifli, telah mengingatkan murid-murid agar menjaga ibadah puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, bangun solat sunat semasa cuti terutama Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR, tidak meninggalkan solat semasa bercuti nanti dan menjaga akhlak sepanjang merayakan hari yang mulia Aidilfitri. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antara guru-guru dan murid-murid SKTD. Bagi anak-anak yatim dan yang memerlukan, wang raya dihulurkan dek guru-guru SKTD yang amat prihatin dan penyayang. Cerialah mereka, meriahlah suasana...........

Thursday, August 25, 2011

Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon-calon UPSR SKTD 2011

  • Majlis bermula 6.30 petang
  • Bacaan Yassin
  • Solat Maghrib
  • Majlis berbuka puasa 
  • Solat Hajat
  • Tazkirah
  •  Solat Isya'
  • Solat Tarawih

Wednesday, August 24, 2011

Hiasan Kelas Sempena Kemerdekaan di SKTD

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelang tak berapa hari sahaja lagi, warga SKTD bertungkus-lumus menghias kelas masing-masing dengan bendera dan hiasan-hiasan berkaitan kemerdekaan. Semangat cinta akan negara bersemarak dalam jiwa warga SKTD kini. Lihatlah kelas-kelas yang berlumba-lumba memeriahkan  Hari Kebangsaan, hingga tak terasa letihnya berpuasa, anak-anak didik ini sibuk melibatkan diri untuk sama-sama menghayati hari bersejarah negara kita. SKTD Cemerlang!

Tuesday, August 23, 2011

Menangani Gejala Sosial

Ceramah Menangani Gejala Sosial anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTD:
  • 23 Ogos 2011
  • di Dewan Seri Dermawan SKTD
  • penceramah - Inspektor Mohd Azhan b. Jaudin, Penolong Pegawai Parol Daerah Hulu Perak, Jabatan Penjara Malaysia
  • Ceramah - 9.00 - 10.30 pagi
  • Pameran - 10.30 - 11.30 pagi
  • Objektif - untuk mewujudkan persekitaran sekolah selamat,
  • menimbulkan keinsafan dalam diri murid,
  • memberi pengetahuan kepada murid tentang gejala-gejala negatif yang patut mereka jauhi
Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan ialah:
  • Apakah penjara?,
  • elemen berlakunya jenayah,
  • faktor-faktor berlakunya jenayah,
  • gejala sosial juvenil,
  • jenayah kekerasan,
  • jenayah lain,
  • gejala penggunaan dadah,
  • simtom-simtom penagih dadah,
  • jenis-jenis dadah,
  • jenis-jenis hukuman,
  • apa itu parol,
  • Orang di Parol (ODP),
  • Perintah Kehadiran Wajib (PKW)


Sunday, August 21, 2011

Kartun Ramadan

Saya pinjamkan sedikit 'hiburan' dalam bulan Ramadan ini untuk merehatkan minda dan mensucikan hati dengan mengambil pengajaran daripada apa yang dititipkan di sini. Sumber kali ini ialah daripada Majalah Asuh. Khas untuk adik-adik warga SKTD...







Friday, August 19, 2011

Tujuh Amalan Sunat Rasulullah SAW

Bulan Ramadan merupakan salah satu keistimewaan dan kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Bulan ini adalah bulan yang penuh dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersiap sedia untuk menyambut Ramadan dari bulan Rejab lagi. Disebutkan bahawa apabila Rasulullah SAW memasuki bulan Rejab, Nabi SAW akan berdoa, " Ya Allah! Berkatilah ke atas kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkanlah umur kami sehingga sampai ke bulan Ramadan." (diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu'ab).

Dalam bulan Ramadan terdapat 7 amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu;

  1. Bangun bersahur
  2. Melambat-lambatkan makan sahur
  3. Sunat menyegerakan berbuka puasa
  4. Sunat meninggalkan bersugi (gosok gigi) setelah tergelincir matahari
  5. Sunat memperbanyakkan sedekah dan memperluaskan belanja kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan jiran
  6. Memperbanyakkan tadarus al quran
  7. Memperbanyakkan beriktikaf

semoga Allah memberi rahmatNya kepada kita sempena Ramadan ini.

( sumber - Majalah Anis )

Monday, August 15, 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011




Sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba, SKTD hari ini meraikan pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2011. Di bawah seliaan Panitia Kajian Tempatan, majlis pelancaran yang dirasmikan oleh guru besar Puan Hajah Rafiah bt Abd. Razak diisi dengan nyanyian tiga buah lagu patriotik beramai-ramai seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 sambil mengibarkan bendera Malaysia dan bacaan sajak berjudul 'Aksara Merdeka' oleh dua orang murid Tahun 5. Beberapa program lain turut dilancarkan. Makluman lanjut tentang program akan disampaikan kepada murid-murid secara berterusan mulai 16 Ogos sehingga selesai sambutan Bulan Kemerdekaan. Guru-guru pula akan dimaklumkan secara terperinci tentang program melalui sebaran maklumat di bilik guru.