Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, April 1, 2009

KARNIVAL KANTIN 2009

Pada hari sabtu ini 4 hb. April 2009, bermula 8.00 pagi, pihak sekolah bersama PIBG akan menganjurkan Karnival Kantin bagi mengutip derma untuk kemajuan pendidikan anak-anak murid.
Warga Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan(SKTD) dengan rasa besar hati menjemput orang ramai untuk memeriahkan lagi Karnival Kantin 2009. Alamat sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, Kg. Tersusun Tasek, Bercham, Ipoh Perak.
Pelbagai aktiviti dan gerai jualan dibuka. Orang ramai boleh menggunakan kupon dengan membelinya di kaunter kupon SKTD bermula hari ini sehingga Hari Karnival Kantin sabtu ini. Antara aktivitinya ialah seperti menunggang kuda, menunggang motosikal kecil, pertandingan mewarna, puzzle dan sebagainya.

"OLEH ITU SILALAH DATANG BERAMAI-RAMAI, BERSERONOK SAMBIL MENDERMA"

3 comments:

Pakcik Padli said...

maaf, saja terpanggil untuk menegur...
"Pada hari sabtu ini 4 hb. April 2009, bermula 8.00 pagi, pihak sekolah bersama PIBG telah menganjurkan Karnival Kantin..."
pada hemat saya, wajar digunakan 'akan' kerana ia belum dilaksanakan lagi.
Wallahua'lam.

azaharjt5 said...

tahniah

azaharjt5 said...

tahniah