Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, May 31, 2009

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA


Assalamualaikum wbr.
Hi,

Pada hari ini seluruh dunia mengisyhtiharkan "Hari Tanpa Tembakau Sedunia". Melalui slogan "Tak nak merokok", kerajaan menyeru supaya semua warganya berhenti merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mencadangkan zon larangan merokok diperluaskan meliputi semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin berpusat dan juga lobi-lobi hotel. Cadangan ini jika berkuatkuasa kelak akan memberikan kuasa orang ramai di sekeliling prokok di zon larangan untuk menegur mereka yang ingkar secara bersopan seperti meminta mereka berhenti merokok atau beredar.



Tujuan cadangan ini untuk melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutamanya, yang tidak merokok akibat terpaksa hidu asap rokok. Satu halangan besar untuk warga perokok jika cadangan ini diterima nanti.

Pelbagai tip untuk berhenti merokok boleh didapati di www.infosihat.gov.my. Selain itu, info berkaitan bahaya rokok juga boleh didapati dari laman web ini. Bagi warga SKTD boleh mendapatkan maklumat dari Bilik PPDa di Destinasi 2, ruangan Bahaya Rokok.

Kotak rokok seperti yang telah diketahui oleh kebanyakan masyarakat telah mengalami transformasi' dengan disertakan gambar-gambar ngeri akibat rokok. Menurut kajian, amaran bergambar lebih mendatangkan impaks yang efektif seperti 58% perokok di Kanada membuatkan mereka berfikir tentang bahaya rokok, diikuti 67% di Brazil, 44% di Thailand dan 28% di Singapura yang rata-ratanya perokok ingin berhenti rokok.

Infoline berhenti rokok untuk perokok turut disediakan melalui nombor telefon 03-88834400, setiap hari Isnin-Jumaat, dari pukul 8 pagi-5 petang.

Ya, memang diakui amat sukar untuk berhenti, jadi jangan mulakan!

No comments: