Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, May 17, 2009

SAYONARA...SAMPAI BERJUMPA LAGI

Hari ketiga Perkhemahan Perdana merupakan hari terakhir. Sesi Pagi dimulakan dengan sarapan pagi diikuti dengan aktiviti orienteering dengan dibantu fasilitator IPI. Para peserta diminta bekerjasama dalam kumpulan masing-masing mencari klu. Para peserta turut diajar atau didedahkan cara penggunaan kompas.

Setiap kumpulan yang berjaya mengumpulkan kesemua klu yang diletakkan dimerata-rata kawasan perkhemahan, diminta melaporkan diri kepada fasilitator.



Seterusnya, para peserta pulang ke khemah masing-masing untuk mengemaskan beg pakaian dan khemah masing-masing. Kawasan perkhemahan telah dibersihkan. Khemah-khemah juga dibuka untuk disimpan semula.




Acara berakhir dengan perasmian penutup oleh Tn. Hj. Mohd. Isa Bin Khalid, Timbalan Pengarah Maktab Perguruan Malaysia, Kampus Ipoh. Aturcara bermula dengan kata alu-aluan Juruacara Majlis, Cik Noorhayati, diikuti dengan ucapan Penyelaras Perkhemahan Perdana,En. Basri Bin Abdullah. En. Shamashulbahri turut menyampaikan ucapan dan diakhiri dengan ucapan Tn. Hj. Isa yang turut merasmikan Penutup Perkhemahan Perdana 2009.



Seterusnya, penyampaian cenderahati untuk para fasilitaor IPI, Komander Kem, En. Shahpuddin, Timb. Komandan, Ustaz Kamal Ismady, dan Tn. Hj. Isa. Hadiah turut diberi kepada kumpulan dan para peserta yang telah memenangi pertandingan dan anugerah yang diadakan sepanjang perkhemahan ini.



Majlis bersurai dengan para peserta pulang ke sekolah dengan menaiki bas untuk balik ke rumah. Secara umumnya, perkhemahan ini boleh dianggap berjaya, segala aktiviti berjalan lancar, walaupun pada mulanya perkhemahan tidak dapat dijalankan akibat hujan lebat. Para peserta juga tidak dapat merasai tidur dalam khemah pada malam pertama akibat hujan tetapi, mendapat peluang pada malam kedua. Disiplin murid dapat dikawal dengan baik. Begitu juga para guru yang hadir turut memberikan kerjasama sebaik mungkin. Para peserta pastinya akan mengingati segala pengalaman ketika berada di sini dan mengambil ikhtibar dan pengajaran yang berguna.

No comments: