Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, May 16, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA : HARI KEDUA






Hari ini, 16 Mei 2009, hari Sabtu merupakan hari kedua perkhemahan. Sesi bermula pukul 5.30 pagi bersiap sedia solat Subuh diikuti dengan senaman pagi dan sarapan pagi.

Seterusnya dalam 9.00 pagi ,sesi Kembara Hutan dijalankan, beberapa orang fasilitator daripada pelajar IPI membawa murid untuk aktiviti ini. Cikgu Mohamad, Ustaz Ikhmal, Ustaz Dzulkifli dan En. Mohd Faizal turut serta.




Selepas itu, sesi memasak dalam kumpulan. Slot pagi berakhir dengan makan tengahari dan solat zohor berjemaah. Slot petang bermula dengan taklimat ringkas aktiviti 'Camp Based'. Terdapat 7 seksyen bagi 7 kumpulan yang merupakan gabungan daripada 14 kumpulan.




Slot petang berakhir dengan minum petang dan solat Asar. Kemudian para peserta bersedia Slot Malam yang bermula dengan Solat Maghrib.

No comments: