Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, May 6, 2009

SKTD CEMERLANG...

Hari ini sekumpulan juri dari Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Perak(JPN). bersama pegawai dari Unit PPDa PPD Kinta Utara telah datang ke Bilik Sumber PPDa bagi penilaian pusingan kedua Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri.

Pegawai-pegawai yang hadir terdiri daripada:

1. En. Mohamad Hazawawi Bt. Yusof, Penolong Pengarah (Dadah) JPN.


2. En. Zailan Bin Zainuddin, Penolong Pengarah PPDa JPN.


3. Pn. Wiza Rozahrin Bt. Mohd. Radzi, Penolong Pengarah PPDa JPN dan,


4. En. Mohd. Rashid Din Bin Mohd. Radzi, Pegawai Khas PPDa, PPD Kinta Utara.



Sesi penilaian tersebut berjalan dengan lancar. Penerangan setiap destinasi dalam Bilik Sumber PPDa telah dibuat sepenuhnya oleh Pengawas PPDa. Para Pengawas PPDa telah membuktikan daya kredibiliti sebagai juru cakap yang menyakinkan.




Ini ditambahi dengan perkembangan yang ditunjukkan melalui kelas-kelas turut menyediakan sudut atau ruang PPDa. Penyebaran maklumat secara berperingkat ini akan memudahkan lagi murid-murid mengetahui tentang permasalahan najis dadah, rokok, inhalan, HIV/AIDS dan alkohol yang membawa bencana.



Kewujudan blog merupakan suatu bonus, yang telah tersebar luas di kebanyakan sekolah seluruh Perak. Program-program susulan selepas ini akan dijalankan dengan lebih giat dan menarik minat murid serta masyarakat sekitar sekolah.




Keseluruhannya, pihak juri amat berpuas hati dengan Bilik Sumber PPDa serta aktiviti atau program yang dijalankan berkaitan PPDa. Cadangan-cadangan turut diberikan bagi menyempurnakan lagi Bilik Sumber PPDa akan diambil tindakan segera.

Syabas kepada semua guru dan murid, terutamanya pihak pengurusan, lebih-lebih lagi Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD yang memainkan peranan penting dalam menjayakan Bilik PPDa dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Peluang mewakili negeri ke pringkat kebangsaan amat cerah sekali. Warga SKTD, bersama-samalah kita menanti dengan penuh harapan...

1 comment:

meor said...

Assalamualaikum.....
Tahniah diucapkan kerana berjaya memegang bilik PPDA SKTD dan berjaya memmbawa bilik tersebut ke arah kejayaan...hidup faizal....

There was an error in this gadget

Universal Converter