Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" Tema Hari Guru 16 Mei, iaitu pada hari ini. Begitu sayu rasanya setiap kali menjelang Hari Guru, bukan mengira titik peluh pengorbanan untuk anak bangsa tetapi merenung nasib guru dengan pelbagai isu yang menconteng arang.

Percayalah, pada tika ini, hari sabtu, masih ada para guru yang bertugas dengan penuh dedikasi untuk anak murid yang disayangi. Jika difikirkan tentang status guru dalam masyarakat suatu ketika dahulu, terselit rasa cemburu. Terfikir... kurangkah jasa yang kami curahkan masa ini?.

Tema Hari Guru pada kali ini perlu diseiringkan... sepatutnya dijadikan tema tetap sehingga dirasakan nasib guru kembali gah semula. Teringat puisi A. Samad Said bertajuk "Guru Oh Guru", betapa hati kami bangga dan hiba bercampur aduk apabila membacanya, mendeklamasikannya, atau diperdengarkan. Ya, jika hari ini dia seorang guru pun, hasil daripada didikan guru jua. Apatah lagi ibu bapa dan masyarakat luar yang menjadi manusia kerana jasa seorang guru.

Apa yang perlu disedari oleh semua warga guru, hakikatnya jatuh bangun guru terpulang pada kita semua. Mari kita renungkan bersama... walaupun sejenak.

No comments: