Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, May 9, 2009

MAJLIS PEMUAFAKATAN DAN AKU JANJI MURID TAHUN 5 2009



Pada 17 Mei 2009, hari Khamis, jam 2.30 petang suatu Majlis Pemuafakatan dan Aku Janji Murid Tahun 5 diadakan di Dewan Terbuka SKTD. Majlis ini yang dihadiri ibu bapa bagi seramai 59 murid tahun 5 bagi mencapai persepakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi membincangkan pelajaran anak-anak di sekolah.

Aturcara majlis dimulakan dengan pendaftaran kehadiran ibu bapa murid Tahun 5 yang hadir. Para ibu bapa turut diberikan Laporan Prestasi anak-anak bagi pencapaian Ujian 1 yang diadakan pada bulan Mac yang lepas serta dilampirkan borang aku janji .

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Kamal Ismady BinYusof. Pengerusi majlis yang juga merupakan Penyelaras bagi program ini, iaitu Pn. Nirmal Kaur a/p Mohinder Singh mengalu-alukan kedatangan ibu bapa.

Seterusnya, Pengerusi program menyampaikan ucapan iaitu, Encik Shamshul Bahri Bin Ghazali yang turut mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa. Encik Shmashul turut menekankan tentang peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak meningkatkan prestasi anak-anak. Para ibu bapa turut bersetuju dengan sumbangan wang bagi anak-anak mereka untuk melaksanakan pelbagai program serta aktiviti tahun hadapan. Turut diterangkan tentang objektif serta rasional diadakan majlis seumpama ini.

Tambahan, Majlis Aku Janji ini berdasarkan target yang diputuskan sendiri oleh murid-murid pada peperiksaan akan datang bagi setiap subjek teras iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Encik Shmashul Bahri turut memklumkan tentang aktiviti sekolah yang dijalankan dan dalam perancangan bagi meningkatkan kemajuan anak-anak mereka.

Aturcara seterusnya, ialah penerangan bagi setiap subjek teras oleh guru-guru, seperti berikut:
1. Encik Basri Bin Abdullah - Bahasa Melayu.
2. Puan Noormaliza Bt. Pandak - Matematik.
3. Pn. Hjh. Rasimah Bt. Ahmat - Bahasa Inggeris.
4. Pn. Saniah Bt. Shaari - Sains.

Penerangan ini penting untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang subjek-subjek berkenaan dari aspek kertas peperiksaan, permasalahan pembelajaran ank-anak mereka serta cadangan-cadangan alternatif yang boleh para ibu bapa membantu anak-anak mereka di rumah.

Pada majlis ini juga para ibu bapa boleh mengetahui tentang sahsiah serta proses pembelajaran anak-anak mereka di sekolah serta memaklumkan permasalahan mereka di rumah yang berkaitan anak-anak untuk dibincangkan bersama guru-guru berkaitan.

Pada sesi dialog, Encik Shmashul turut memaklumkan tentang edaran jadual peperiksaan PKSR 1 yang akan berlangsung pada 25, 26 dan 27 Mei ini. Turut dimaklumkan tentang Kertas Bahasa Arab akan diadakan peperiksaan lebih awal iaitu, pada 20 Mei 2009 seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri(JPN).

Sesi berakhir dengan Ikrar Aku Janji oleh murid Tahun 5, yang disaksikan oleh guru-guru dan ibu bapa yang hadir. Seterusnya, ibu bapa menurunkan tandatangan sebelum menyerahkan semula guru kelas anak masing-masing. Majlis berakhir pada pukul 5.15 petang.

Program seumpama ini amat baik sekali kerana ibu bapa serta guru-guru boleh membincangkan tentang perkembangan murid-murid di sekolah mahupun di rumah. Permasalahan pembelajaran anak-anak turut diberikan penekanan bagi penyelesaian yang boleh dibuat bagi membantu mereka.

1 comment:

NAJELITA said...

Jangan janji tinggal janji aje....